Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, December 29, 2009

lama x dengar khabar.. kan??

hola.. sorry aa beb. aku lama giler x update blog. ofc aku nih da kian giat dan rajin. block sana, block sini. network da mcm ada polis. xleh silap sket. trus block staff nye ID. hampeh tul..
 
tapi tu la. nak bising2 sgt pun, kena pandang kiri dan kanan. mcm org melintas. kang x pasal2 kena langgar. nak ckp pun, kena gak tgk diri sendiri.. yang tersayang pun keje network2 gak. heheheheee..
 
ermm, sedar x sedar, da nak masuk tahun baru 2010 pun. chehhh.. aku nye ofc ni kecoh la pasal Ambang 2010 tuu.. yang kat dataran merdeka tu.. ye la. sponsor event sambut tahun baru.. but, ambang ke Ambank..?? hmm, ntahlah. :)
 
tahun baru da nak masuk. azam tahun ni da nak sampai ke penghujungnya. ada gak yg aku carry forward. but, da masuk perancangan. cuma tunggu perlaksanaannye saje. tahun depan gak, bermakna masuklah aku ke alam 'three series'. huh! mcm BMW. ni kena beli 3 series satu nih. baru kena.. betul2 HO LIAU! hehehe.. ape2 pun, aku doakan semoga tahun baru yg bakal menjelang ni membawa perubahan dan kebahagiaan pada aku, family, dan semua yang lain... wahhhh! sembang sembang gaks. da nak masuk keje ni. aku blah dulu. nanti kena block trus, xde langsung nak masuk entry. hahaha. bubye.

Wednesday, October 14, 2009

memory card..

tengah aku wat keje tadi, rizal dtg tanye kat aku..
rizal: rul, ko ade memory card reader tak? aku nak pinjam la.
aku: ko nye memory card jenis ape?
rizal: jap. aku pun tak tau. sat aku bukak phone nie.(sambil membuka casing hphone nya)
bad: ko nak watpe ngan memory card tu?
rizal: aku beli cd games. ingat nak install dalam phone. boring aa. kalau ade leh aa gak main games.
bad: nak main games, beli aa PSP. baru betul layan. tu phone guna nak call je.
(rizal masih selamba menjawab. bad ni memang mengundang betul!! aku da nak gelak)
rizal: cd games untuk nokia aku ni la. ada mcm2 dlm cd tu. tu ingat nak install.
bad: uishhh..mcm2? nasi goreng cina ada ke? nasi goreng belacan ke..ade?
(aku da xleh tahan nak gelak. bangang nye bad. rizal relaxx je. selambe je muka dia. nak mintak tolong la katakan. kalau x, memang menjawab dia tu...)
aku: apsal ko tak pakai usb?
rizal: usb kena install software dlm pc. ade kena download lak tu. susah, banyak hal la.
(aku pun bukak phone SE aku nak tgk jenis memory card)
aku: owh.. aku nye jenis sandisk M square..
bad: ko nye rizal jenis capital square kot.. CAP Square.. (satu shopping mall area kl ni..CAP Square namanya..)
aku: hahaahhahaaha.. bongok aa ko bad. budak ni tanya serius ni.. hahahaha..
rizal: xpelah. aku try carik yang aku punya tu la.. ntah letak kat mane ntah. (pastu dia terus gerak. nasib rizal x naik hantu. kalau x tentu bad ngan aku da kena balun ngan kerusi. tak pun ngan payung cap kedai perabut yang dia punya tu.. uhuuhu..)

Thursday, September 10, 2009

di pagi hari..

salam..
lagi beberapa hari, dah nak raya. ish.. ish.. ish.. kejap je rase puasa tahun ni. cuma maybe boring sket sbb dah pindah kan. dulu masa dok shah alam, leh gak lepak berbuka ngan encik kelambu and da gang. kat seksyen 3 lah. dataran 2 lah. seksyen 2 lah. hmm, mcm2. asal boleh berbuka sekali. tapi tahun ni, semua da sibuk. keje pun da lain2 masa. aku keje, diorang x keje. aku x keje, diorang lak yang keje. haihhh.. camne nak berbuka sekali. itu pun ada la sekali berbuka sama. kat area KD. sbb umah diorang da x jauh dari situ.
xpelah. nak buat camne. tahun depan insyaallah da berteman. hehehe.. baru besshh sket. doa2 kan lah ye... kalau bershopping tu, jangan la sampai senget2 bahu bawak barang2. karang gi beraye, bejalan pun dah senget. hehehehee..

Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan..

Salam Ramadhan..



di sini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, yang dok slalu baca blog aku nih.. ingat ye teman2 ku. buang la yang keruh, amek la yang jernih. kepada SAYANG ku yang dihormati, semoga ramadhan ini membawa satu perubahan kepada kita bersama.. InsyaAllah. dan semoga ramadhan yang menjelang ini juga membawa keberkatan kepada kita semua.. Amin.







Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya berpuasa."


(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


KayBee

hurmm, dua tiga hari nie memang kurang sihat skit la. maybe sebab penat sgt. ye lah. tak dpt rest sepenuhnya. weekdays da sibuk ngan keje, training. weekend pun kdg2 ade training. eerm, slagi belum tutup mata, keje! keje! keje! ... nie pun masih ada rasa demam nye tu. tapi, layan je. malas aku nak psycho2 sgt.
semalam, aku gi KB. wat training kat sana. pergh! byk giler perubahan. berbeza dgn last aku pegi, tahun 1997. hehehe.. memang la berbeza. dah 10 tahun lebih.. penat tu boleh tahan la. but, biler penerimaan student aku nie bagus, level of keletihan pun kurang.aku akan pegi lagi ke sana. kalau ade yang nak pesan budu ke, kain batik ke, contact2 ler. kalau nak mek kelate, pi cari sendiri. xdak masa aku nak tgk kan. byeee...

Friday, August 7, 2009

Farewell party to Elaine..

Wednesday, August 5, 2009

in my dreambook..


Tuesday, August 4, 2009

money! money! money!

Duit..
kehadiranmu membawa bahagia.
kegembiraan terukir disetiap wajah yang ada.
kedatanganmu selalunya ditunggu dan dinanti.
tidak mengira waktu dan hari.
 
Duit..
sesungguhnya dirimu begitu berharga.
sentiasa dijaga dan dikira.
kau di bawa kemana-mana.
tidak mengenal pangkat atau usia.
 
Duit..
kekayaanmu selalu diimpikan.
Membuatkan mereka menjadi insan.
keuntunganmu amat dinantikan.
membuatkan mereka kadangkalanya lupa daratan.
 
Duit..
tanpamu hidup boleh menjadi derita.
ketiadaanmu sememangnya akan terasa.
kekuranganmu menimbulkan tekanan jiwa.
kehilanganmu boleh buat orang jadi gila.
 
Namun..
walau kau sentiasa ditunggu dan dinanti.
walau kau begitu berharga.
walau kau dibawa kemana mana.
walau kau disanjung dan dipuja.
jika tiada nilai dan harga.
kau tetap bukan siapa-siapa.

Tuesday, July 14, 2009

kala malam bulan mengambang..

hurmmm, kadang2, in life, bila banyak sangat dugaan, boleh buat kita jadik hilang pedoman. hilang arah. hilang tujuan. rasa macam tiada keadilan. tapi, itulah lumrah kehidupan. sebenarnya, dugaan itulah yang banyak mengajar kita erti kecekalan. erti kesabaran. erti kenikmatan. erti sebuah hubungan. erti satu kehidupan.
sememangnya kita mahu mengelak segala dugaan yang akan datang menimpa. namun, selalunya, tidaklah seperti yang kita kehendaki. dugaan itu tetap ada. cuma cara penerimaan kita terhadap sesuatu dugaan itu, yang akan menjadikannya dugaan atau pun cabaran. tidak dapat dinafikan, kita sering menjadikan setiap dugaan itu sebagai suatu masalah. masalah yang selalunya tidak mampu diatasi. yang tidak boleh diselesaikan. yang tidak dapat diterima.
tapi kita juga harus ingat. bahawasanya tiap-tiap dugaan yang kita hadapi, sememangnya mengajar kita tentang sesuatu. yang kita tidak akan dapat dimana-mana, even secara formal. hakikatnya, ianya bergantung kepada kita sendiri. perubahan, penerimaan, semuanya itu atas keputusan kita sendiri. bukannya pada orang lain. jika dari pandangan kita dugaan itu satu masalah, jadi masalah lah ia. jika kita anggap dugaan itu satu cabaran buat kita, tercapai lah ia. apa yang aku cakap, tidak semestinya betul. terpulang kepada yang membaca. aku bercakap bukan untuk engkau, aku bercakap untuk berpesan-pesan kepada diri aku sendiri... engkau bagai cermin untuk aku. apa yang aku dapat dari engkau, adalah diri sebenar aku. apa yang aku nampak dan dengar, adalah gambaran cara hidupku. apa yang aku dapat dan terima, adalah petunjuk perangai dan sifatku...
ingatlah.. kerna kala malam bulan mengambang, hanya aku yang mengetahui diriku. hanya DIA yang memerhati dan terus menilai...

Wednesday, July 8, 2009

demam MJ!

hurm, kat mana2 aku pegi, asyik2 MJ. bukak tv, crita pasal MJ. tukar2 channel pun, mesti ada pasal MJ. makan kat mamak pun, org crita pasal MJ. kat opis pun, ada gak 'die heart fans' MJ ni. on the way gi keje pun, bukak radio, pun ada. sampai2 nangis2 crita pasal MJ. aduuiiiiyai.. nak wat camna, org masyhur kan.. feymess..

kecik2 dulu pun aku da kenal MJ ni. mmg top. abang aku pun suka. dia yg dedahkan aku pasal MJ ni. lagu2 nya, video klip nya.. uishh, smpai aku sendiri pun terjerat sama di kancah fanatik tentang MJ. kalau video klip nye tu, toksah temberang la.. mesti juta2 punya. kelasss!

tapi tu la. setiap yg hidup, pasti mati. even not around, still forever a legend!!

Monday, June 29, 2009

AAP Marriott Putrajaya

Thursday, June 4, 2009

dulu dan sekarang

hurmm, masa aku balik kampung hari tu, dok kemas2 la closet lama aku. pastu terjumpak la aku akan gambar ini.. hehe. ni old times nye gambar.. kelakar kan??
yang ni lak gambar bebudak kelas aku. kenangan nie je yg aku ada.. yang bertanda '??' tu aku tak ingat nama nya.. hehe. lama dah la..

Sunday, May 31, 2009

my younger sister's wedding - 31 May 2009



Friday, May 8, 2009

mak oh mak.. sempena Mother's Day..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 2, 2009

KAG Bowling 09








Thursday, April 16, 2009

Having What It Takes to Be a Trainer

Although training may seem like a glamorous profession to an observer, like any other profession, it has its hidden challenges. Having the skills to be a trainer is only one prerequisite. A much more difficult requirement for a successful trainer is to have strong mental and emotional composure.

Training is a demanding profession. It requires constant energy output. If you tire quickly, become discouraged easily, or become frustrated if things do not go according to plan, training may not be for you. Here are some aspects to consider about training.

  • Are you willing to work longer than an 8-hour day? Even though a training program may be scheduled from 9 to 5, you may find yourself going to the training room much earlier than 9:00 a.m. and staying much later than 5:00 p.m. A well-prepared training session takes thoughtful room and material setup. If you arrive at the training room at the same time as the trainees, you will feel disorganized and unprepared. You may even start late because of last-minute preparations.
  • Are you also willing to stay later than your official "ending" time? The same principle applies after the training program has ended. It is usually the trainer's responsibility to ensure that all items you used for the training are removed from the training room. You may need to replace tables and chairs the way you found them. You may need to straighten the room. Also, many trainees stay after the program is over so that they can ask questions they did not wish to ask in front of the rest of the participants. They expect the trainer to be there cheerfully ready to answer their questions. In addition you may have many details to wrap up at the end of the day: add notes to your training manual, review your PowerPoint presentation for the next day, clean your transparencies, revise your schedule for the next day, complete administrative tasks, file your materials in order, send additional resources to a participant, or prepare a flip chart for the next day.
  • Can you stand on your feet all day? Trainers do not often have the opportunity to sit down. Because they are facilitating the program in one way or another, they stand during all presentations and during most discussions. Even when the participants are in small groups, trainers move from group to group ready to answer questions, address problems, or know when to move on to the next subject.
  • Even if you can literally stand on your feet all day, can you figuratively stand on your feet all day? No amount of preparation can equip a trainer for everything that can happen in a training session. The trainer must be prepared to respond to unexpected questions and events. A trainer must be flexible. Sometimes, the planned agenda doesn't fit the needs of the audience. A good trainer adjusts the agenda and changes the material so that it meets the needs of the audience. An effective trainer also reads the audience and adjusts the level of the training to fit the level of the audience.
  • Can you perform even when you feel lousy? Trainers don't often have the discretion to call in sick. When a session is scheduled, it often has been done long in advance, and often learners travel from long distances to attend training. Therefore, trainers must be able to present enthusiastically even when they are a little under the weather. The show must go on!
  • Are you prepared to constantly give of yourself without expecting to receive anything in return? Trainers are often viewed by others as "healers" — those people who always have the answers and who can perform "magic." Conversely, trainers are not often perceived as people who have their own needs. As a result, participants may use your training program to get some bad feelings off their chests. Giving may extend to time as well, such as having time for breaks and lunch that may be used by participants wanting to discuss their personal situations.
  • Can you be the perfect role model all the time? It is a trainer's job to teach the "right" way to do things. You must also be prepared to practice what you preach. Trainers run the risk of losing their credibility if they are not perceived to be a perfect example of what they teach. And, because no one is perfect, trainers must also admit it when they make a mistake. Trainers cannot allow participants to leave a training session with incorrect information.
  • Can you cope with constant logistic problems? Even though it may be someone else's responsibility to make room and equipment arrangements, it becomes the trainer's problem if something is not right. Are you prepared to deal with malfunctioning equipment, rooms that are not set up, reservations clerks who say you never reserved a room, materials that do not arrive, materials that have been typed or collated incorrectly, or any mess-up in general? A good trainer takes full accountability for ensuring that all logistics of a training program are in order.
  • Can you be a big lug? Although it would be nice to have all the training materials, supplies, and equipment just magically show up at the training site, it is more likely that you will be the person responsible for getting it all there. Packing, loading, unloading, and unpacking (and then doing it all over again) is simply a part of a trainer's job.
  • Are you prepared to encourage your participants even when there is a lack of management commitment? Sometimes, people are sent to training because their managers think that it is "a good thing to do." There may be little serious commitment to support and encourage these employees when the training is completed. Can you provide support and understanding in the absence of managers' commitment?
  • Can you deliver hard feedback? Trainees do not learn effectively if during their training process they are not given honest feedback. Are you able to give this feedback, even when it is not good and even if it may impact an employee's job?
  • Are you able to process failure, identify solutions, and make improvements? Not every training program is a smashing success. In fact, some are downright bad. Successful trainers are those who analyze what went wrong in the bad sessions and then design changes in the program so that it improves the next time around.

The preceding questions are not meant to discourage you, but rather to introduce the reality of a sometimes glamorous-appearing job.

It may be challenging. It usually requires a great deal of work. And it can be riddled with problems.

However, you forget all the difficulties when former participants tell you that "you changed their lives." Or that "you inspired them." Of course this doesn't happen on a weekly basis, but it does happen often enough to make it all worthwhile. J

Wednesday, April 8, 2009

PCE-TTT Melaka
















Monday, March 9, 2009

09.03.09

Saturday, January 31, 2009

over the sea trip??