Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan..

Salam Ramadhan..



di sini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat, yang dok slalu baca blog aku nih.. ingat ye teman2 ku. buang la yang keruh, amek la yang jernih. kepada SAYANG ku yang dihormati, semoga ramadhan ini membawa satu perubahan kepada kita bersama.. InsyaAllah. dan semoga ramadhan yang menjelang ini juga membawa keberkatan kepada kita semua.. Amin.







Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya berpuasa."


(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


KayBee

hurmm, dua tiga hari nie memang kurang sihat skit la. maybe sebab penat sgt. ye lah. tak dpt rest sepenuhnya. weekdays da sibuk ngan keje, training. weekend pun kdg2 ade training. eerm, slagi belum tutup mata, keje! keje! keje! ... nie pun masih ada rasa demam nye tu. tapi, layan je. malas aku nak psycho2 sgt.
semalam, aku gi KB. wat training kat sana. pergh! byk giler perubahan. berbeza dgn last aku pegi, tahun 1997. hehehe.. memang la berbeza. dah 10 tahun lebih.. penat tu boleh tahan la. but, biler penerimaan student aku nie bagus, level of keletihan pun kurang.aku akan pegi lagi ke sana. kalau ade yang nak pesan budu ke, kain batik ke, contact2 ler. kalau nak mek kelate, pi cari sendiri. xdak masa aku nak tgk kan. byeee...

Friday, August 7, 2009

Farewell party to Elaine..

Wednesday, August 5, 2009

in my dreambook..


Tuesday, August 4, 2009

money! money! money!

Duit..
kehadiranmu membawa bahagia.
kegembiraan terukir disetiap wajah yang ada.
kedatanganmu selalunya ditunggu dan dinanti.
tidak mengira waktu dan hari.
 
Duit..
sesungguhnya dirimu begitu berharga.
sentiasa dijaga dan dikira.
kau di bawa kemana-mana.
tidak mengenal pangkat atau usia.
 
Duit..
kekayaanmu selalu diimpikan.
Membuatkan mereka menjadi insan.
keuntunganmu amat dinantikan.
membuatkan mereka kadangkalanya lupa daratan.
 
Duit..
tanpamu hidup boleh menjadi derita.
ketiadaanmu sememangnya akan terasa.
kekuranganmu menimbulkan tekanan jiwa.
kehilanganmu boleh buat orang jadi gila.
 
Namun..
walau kau sentiasa ditunggu dan dinanti.
walau kau begitu berharga.
walau kau dibawa kemana mana.
walau kau disanjung dan dipuja.
jika tiada nilai dan harga.
kau tetap bukan siapa-siapa.