Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, July 14, 2009

kala malam bulan mengambang..

hurmmm, kadang2, in life, bila banyak sangat dugaan, boleh buat kita jadik hilang pedoman. hilang arah. hilang tujuan. rasa macam tiada keadilan. tapi, itulah lumrah kehidupan. sebenarnya, dugaan itulah yang banyak mengajar kita erti kecekalan. erti kesabaran. erti kenikmatan. erti sebuah hubungan. erti satu kehidupan.
sememangnya kita mahu mengelak segala dugaan yang akan datang menimpa. namun, selalunya, tidaklah seperti yang kita kehendaki. dugaan itu tetap ada. cuma cara penerimaan kita terhadap sesuatu dugaan itu, yang akan menjadikannya dugaan atau pun cabaran. tidak dapat dinafikan, kita sering menjadikan setiap dugaan itu sebagai suatu masalah. masalah yang selalunya tidak mampu diatasi. yang tidak boleh diselesaikan. yang tidak dapat diterima.
tapi kita juga harus ingat. bahawasanya tiap-tiap dugaan yang kita hadapi, sememangnya mengajar kita tentang sesuatu. yang kita tidak akan dapat dimana-mana, even secara formal. hakikatnya, ianya bergantung kepada kita sendiri. perubahan, penerimaan, semuanya itu atas keputusan kita sendiri. bukannya pada orang lain. jika dari pandangan kita dugaan itu satu masalah, jadi masalah lah ia. jika kita anggap dugaan itu satu cabaran buat kita, tercapai lah ia. apa yang aku cakap, tidak semestinya betul. terpulang kepada yang membaca. aku bercakap bukan untuk engkau, aku bercakap untuk berpesan-pesan kepada diri aku sendiri... engkau bagai cermin untuk aku. apa yang aku dapat dari engkau, adalah diri sebenar aku. apa yang aku nampak dan dengar, adalah gambaran cara hidupku. apa yang aku dapat dan terima, adalah petunjuk perangai dan sifatku...
ingatlah.. kerna kala malam bulan mengambang, hanya aku yang mengetahui diriku. hanya DIA yang memerhati dan terus menilai...

Wednesday, July 8, 2009

demam MJ!

hurm, kat mana2 aku pegi, asyik2 MJ. bukak tv, crita pasal MJ. tukar2 channel pun, mesti ada pasal MJ. makan kat mamak pun, org crita pasal MJ. kat opis pun, ada gak 'die heart fans' MJ ni. on the way gi keje pun, bukak radio, pun ada. sampai2 nangis2 crita pasal MJ. aduuiiiiyai.. nak wat camna, org masyhur kan.. feymess..

kecik2 dulu pun aku da kenal MJ ni. mmg top. abang aku pun suka. dia yg dedahkan aku pasal MJ ni. lagu2 nya, video klip nya.. uishh, smpai aku sendiri pun terjerat sama di kancah fanatik tentang MJ. kalau video klip nye tu, toksah temberang la.. mesti juta2 punya. kelasss!

tapi tu la. setiap yg hidup, pasti mati. even not around, still forever a legend!!