Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Friday, August 8, 2008

maafkanku..

Tika malam menghimpit, aku cuba untuk berterus terang. Memang sukar bagiku untuk menyatakannya. Dan ku rasa amat sukar untuk mu menerimanya. Namun, aku tetap mencoretkan apa yg tersirat di lubuk jiwaku ini kerna ku percaya, hanya ini sajalah cara yang aku ada untuk dekat padamu.

Sesungguhnya, aku telah membuat kesilapan. Dalam percaturan hidupku sendiri. Aku telah lalai dan alpa. Kerna terlalu mengejar impian dan cinta. Yang tanpa aku sedari, aku telah melupakan tanggungjawab asalku ketika ingin bersamanya. Mungkin ini adalah balasan atas kelekaan aku itu. Atas kesilapan aku sendiri. Atas kealpaan aku sehinggakan aku telah kehilangannya.. ku amat menyesalinya.. Walaupun ku cuba untuk memulihkannya semula, kembali pada paksi yg betul, aku tidak pasti. Aku tidak pasti samada ianya akan berhasil atau pun sudah terlewat.

Namun, di hatiku ini, maseh ada rasa percaya. Percaya bahawa keikhlasan dan tulus dalam diriku ini, akan membawa bahagia. Percaya bahawasanya ada wujudnya DIA. Percaya bahawa jika aku dekat padanya, DIA akan dekat padaku. Dan aku akan dapat menebus kembali kesilapan aku yang lalu padanya.

Aku berharap. Dan berusaha. Dan bersabar.Agar apa yang telah terjalin akan dapat diteruskan semula. Dalam ketenangan malam ini, aku harap agar ianya juga membawa ketenangan padaku. dan padamu. Dan aku akan menghadapi apa jua yg akan berlaku dengan hati yang tabah dan tenang, tanpa sengketa dan lara.

Ku mohon ampun dan maaf padamu, atas segalanya. Semoga apa yang berlaku akan menjadi pengajaran, dan membawa kita kepada kebahagiaan yang berpanjangan. .

0 comments: