Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, July 29, 2006

pernahkah..


pernahkah terlintas dihatimu
menyapa merpati yg hinggap
di jendela kamarmu.

pernahkah terfikir olehmu
untuk mendengar geselan dedaunan
kering
yg berguguran ditiup bayu.

pernahkah tergerak dijiwamu itu
untuk mendongak ke langit biru
pada awan yg berarak pergi
saban waktu tanpa henti.

kerana
pada merpati telah kubisikkan
pesanan rindu padamu
pada dedaunan kering kukirimkan
sayang yg tak mungkin rapuh dan gersang
umpama dedaun itu, dan
pada mu pula telah kulukiskan kenangan kenangan
yg tak akan padam walau kemana ia
berarak pergi.


0 comments: